Torah Lisan

Torah Lisan merangkumi adat resam perundangan dan tafsiran yang mengikut tradisinya disampaikan secara lisan dari Gunung Sinai, dan tidak tertulis dalam Torah. Mengikut Judaisme Rabai, Torah lisan, atau hukum-hakam lisan, atau tradisi lisan (Bahasa Ibrani:תורה שבעל פה , Torah she-be-al peh) disampaikan oleh Tuhan secara lisan kepada Moses bersama-sama Torah bertulis (Ibrani:תורה שבכתב , Torah she-bi-khtav). Selepas itu Torah Lisan disampaikan secara lisan kepada rabai dari zaman ke zaman,[1][2] sehinggalah dibukukan dan ditulis dalam Talmud (Ibrani :תַּלְמוּד ). Sementara masyarakat lain dan kelompok lain Yahudi juga memiliki tradisi lisan, hanya para Rabai yang memberi pengetian ideologi kepada fakta yang mereka menyebarkan tradisi mereka secara lisan.[3]Rabai zaman Talmud melihat Torah Lisan dari dua sudut. Pertama, tradisi Rabai menganggap Torah Lisan sebagai rantaian periwayatan tak terputus. Ciri khusus pandangan ini ialah Torah Lisan "disampaikan melalui percakapan dan dihafal".[4] Kedua, para Rabai juga menganggap Torah Lisan sebagai satu tradisi pentafsiran, dan bukan sekadar tradisi yang dihafal. Dalam pandangan ini, Torah yang tertulis dilihat sebagai memiliki banyak tahap pentafsiran. Terpulanglah kepada generasi terkemudian yang berilmu dengan pentafsiran tradisi lisan bagi mengetemui tafsiran ("yang tersorok") yang tidak ditunjukkan oleh Moses.[5] Mengikut pendapat ramai, 'Torah lisan' akhirnya dirakam dalam Mishnah, Talmud dan Midrash.

Rujukan

WikiPedia: Torah Lisan http://people.ucalgary.ca/~elsegal/TalmudMap/MG/MG... http://hirhurim.blogspot.com/2005/11/onkelos-and-o... http://www.google.com/search?tbm=bks&tbo=1&q=%22du... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=1... http://www.tekhelet.com http://www.torahresource.com/EnglishArticles/Count... http://bennypowersisraeltours.wordpress.com/tag/mi... http://dailydaf.files.wordpress.com/2011/04/teffil... http://torahtourguide.wordpress.com/2012/03/19/sou... http://www.humboldt.edu/~kmb2/paper.html